Posts

Pemasaran Program

Image
Hebahan tentang program giat dijalankan dengan giat samada melalui promosi ,  media sosial , media elektronik dan media cetak . Sesi Promosi di tapak perhimpunan: Setiap minggu guru terlibat akan menjalankan sesi promosi terhadap program yang dijalankan. Poster dan Banner : Mewujudkan poster dan banner untuk mempromosikan program di sekolah. Media Sosial : Menggunakan platform media sosial facebook , instagram dan tiktok untuk mengumumkan pemenang  Buletin Sekolah : Menyediakan laporan bulanan mengenai kemajuan program dalam buletin sekolah. Telegram Channel : Apple's Program

Aktiviti Sokongan

Image
Dalam tempoh menjalankan Program APPLE ini beberapa program dan aktiviti sokonga n dalam memberikan pendedahan kepada murid tentang etika dan syahsiah yang baik dalam kalangan murid. Antara program-program tersebut ialah: Kempen Kesedaran : Mengadakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya amalan etika di kalangan pelajar. Bengkel dan Latihan : Mengadakan bengkel untuk mendidik pelajar tentang nilai-nilai murni dan etika. Ceramah Motivasi : Mengundang penceramah untuk memberikan ceramah mengenai kepentingan aamalan baik dan syahsiah mulia.

Jadual Pelaksanaan Program

Image
 Program ini dijalankan dengan struktur dan proses kerja yang jelas. Proses kerja ini diulang dengan penuh dedikasi oleh semua jawatankuasa terlibat.

Pelaksanaan Program

Image
Secara umumnya Program APPLE ini mengambil 3 langkah yang utama. Ketiga-tiga langkah ini dijadikan jejak yang bermakna. Langkah 1: Pengumpulan Markah Setiap bulan, guru-guru akan mengumpul dan merekod markah amalan ketika murid dan kelas atau di sekitar sekolah. Langkah 2: Pengumuman Pemenang Pemenang akan diumumkan pada awal bulan setiap bulan semasa perhimpunan sekolah. Langkah 3: Penghargaan Sijil penghargaan untuk murid dan Piala serta hamper kepada kelas yang berjaya.

Kriteria Penilaian

Image
Setiap murid akan mempunyai markah amalan masing-masing. Para guru atau warga sekolah boleh memasukkan markah ke dalam sistem SSDM yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Amalan Baiki dan Etika Terpuji Penilaian berdasarkan pelbagai amalan baik oleh murid contohnya seperti: Kehadiran yang baik Tingkah laku positif (sopan, menghormati rakan,membantu guru dan staf) Kerjasama dalam kelas dan aktiviti Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum Pengiraan Markah Pengiraan markah dikendalikan oleh seorang penyelaras dalam kalangan guru dengan menggunakan sistem pengiraan secara automatik .  Setiap amalan etika yang baik akan dinilai dan diberikan markah manakala pelanggaran disiplin melalui laporan bertulis juga membawa markah negatif.  Contoh pengiraan adalah seperti berikut: Markah amalan baik murid : 80 markah Tolak (-) ponteng : 5 markah Jumlah markah APPLE murid : 75 markah

Kategori Penghargaan

Image
Penghargaan terhadap murid disampaikan dalam bentuk sijil , piala APPLE  dan juga hamper pada perhimpunan bulanan di Dewan mengikut kategori yang telah diputuskan.  Kategori Anugerah APPLE Ikon Murid Bulanan : Murid yang menunjukkan amalan etika terbaik setiap bulan. Ikon Kelas Bulanan : Kelas dengan jumlah markah amalan etika tertinggi setiap bulan. Kelas Terbaik Bulanan : Penghargaan untuk murid dengan pencapaian amalan etika tertinggi sepanjang tahun.

Pengenalan A.P.P.L.E

Image
Program ini diinspirasikan oleh Tuan Pengetua, Encik Yusri Bin Yusof kepada Unit Hal Ehwal Murid (H.E.M) sebagai suatu inisiatif dalam mendidik warga SMK Tun Syed Sheh Barakbah bermula daripada tingkatan peralihan sehingga ke peringkat Pra-Universiti dalam membentuk akhlak dan syahsiah yang terpuji dalam kalangan murid. Unit HEM   , di bawah kepimpinan Puan Suhaila   Binti Mohd Shafie bersama-sama para ahlinya yang terdiri daripada para guru telah duduk bersama menggembeleng buah fikiran dan melakukan sumbangsaran mencari pendekatan yang terbaik ke arah merealisasikan hasrat murni Tuan Pengetua. Setelah beberapa siri perbincangan, maka lahirlah suatu program yang dinamakan sebagai Program A.P.P.L.E  Maksud program ini   adalah  Amazing Pupils Practise Laudable Ethics ( Murid Hebat Mengamalkan Amalan Terpuji) Objektif Program ini adalah mendidik semua murid menjadikan akhlak dan syahsiah terpuji sebagai amalan harian seterusnya program ini juga memberikan pe...