Secara umumnya Program APPLE ini mengambil 3 langkah yang utama. Ketiga-tiga langkah ini dijadikan jejak yang bermakna. Langkah 1: Pengumpulan Markah Setiap bulan, guru-guru akan mengumpul dan merekod markah amalan ketika murid dan kelas atau di sekitar sekolah. Langkah 2: Pengumuman Pemenang Pemenang akan diumumkan pada awal bulan setiap bulan semasa perhimpunan sekolah. Langkah 3: Penghargaan Sijil penghargaan untuk murid dan Piala serta hamper kepada kelas yang berjaya.
Penghargaan terhadap murid disampaikan dalam bentuk sijil , piala APPLE dan juga hamper pada perhimpunan bulanan di Dewan mengikut kategori yang telah diputuskan. Kategori Anugerah APPLE Ikon Murid Bulanan : Murid yang menunjukkan amalan etika terbaik setiap bulan. Ikon Kelas Bulanan : Kelas dengan jumlah markah amalan etika tertinggi setiap bulan. Kelas Terbaik Bulanan : Penghargaan untuk murid dengan pencapaian amalan etika tertinggi sepanjang tahun.
Program ini diinspirasikan oleh Tuan Pengetua, Encik Yusri Bin Yusof kepada Unit Hal Ehwal Murid (H.E.M) sebagai suatu inisiatif dalam mendidik warga SMK Tun Syed Sheh Barakbah bermula daripada tingkatan peralihan sehingga ke peringkat Pra-Universiti dalam membentuk akhlak dan syahsiah yang terpuji dalam kalangan murid. Unit HEM , di bawah kepimpinan Puan Suhaila Binti Mohd Shafie bersama-sama para ahlinya yang terdiri daripada para guru telah duduk bersama menggembeleng buah fikiran dan melakukan sumbangsaran mencari pendekatan yang terbaik ke arah merealisasikan hasrat murni Tuan Pengetua. Setelah beberapa siri perbincangan, maka lahirlah suatu program yang dinamakan sebagai Program A.P.P.L.E Maksud program ini adalah Amazing Pupils Practise Laudable Ethics ( Murid Hebat Mengamalkan Amalan Terpuji) Objektif Program ini adalah mendidik semua murid menjadikan akhlak dan syahsiah terpuji sebagai amalan harian seterusnya program ini juga memberikan pe...
Comments
Post a Comment